Couple adalah Haram?

Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?

 
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..


Cuba renungkan ini:

1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.

2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.

3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.

4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.

6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)


yang haram tetap haram…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mukjizatnya Azan


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa...  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .


Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.


Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malaikat kecil...


“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. 


“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah” 

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. 

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”. 

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! 


ALLAHUAKBAR!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita perhiasan dunia....

1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al Hadist sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.

2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan ria.

3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orangtuanya. Ia senantiasa mendoakan orangtuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.

4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah.

5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti.

6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya epada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya.

7 Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan yang dapat membantu perekonomian keluarga minimal untuk berinfaq,bersadaqah dan berzakat.

8. Ia Senantiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan korupsi.

9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya.

10. Ia pandai mengelola keuangan keluarga dengan berinvestasi yang aman menguntungkan.

Wanita perhiasan dunia....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 Perkara Sebelum 5 Perkara...

Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Penjelasan: 

1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hiburan : Islam itu Mudah - Pilihan di Tangan Anda

Islam itu mudah. Tidak terlalu memudahkan dan tidak menyusahkan. Ada sesetengah orang suka menganggap Islam itu satu perkara yang berat dan mereka gagal dalam proses pengislahan diri sedangkan Islam itu sendiri ciri-cirinya Thabat wa Murunah...
(Tetap dan Fleksibel).
Contoh mudah solat itu wajib, tapi kalau tak mampu nak solat berdiri, boleh solat duduk, baring, mengiring, mengguna isyarat mata, isyarat hati dan sebagainya. Maknanya solat itu hukumnya tetap wajib dan tak berubah kewajibannya atas sesiapa pun tapi perlaksanaannya adalah fleksibel bergantung kemampuan masing-masing.

Mudah tak Islam? Mudah kan.

Jadi adakah Islam melarang kita berhibur?

Adakah hiburan itu semuanya tak dibenarkan dalam Islam?

Tak boleh pergi konsert dalam Islam?

Tak boleh menari dalam Islam?

Sekali lagi jangan menyusahkan Islam yang mudah itu. Boleh saja nak berhibur dalam Islam tapi ikutlah garis panduan yang mengikut syariat. Jangan bercanggah dengan syariat Islam. Syariat Islam itu wajib kita ikuti sebagai orang Islam tak kira kita suka atau tidak. Sebab apa? Sebab kita ini hamba Allah dan kita kena ikut apa yang Allah suruh kita buat dan tinggal apa yang dilarang. Apa yang berlaku sekarang ini adalah manusia angkuh di hadapan Allah dengan melakukan maksiat di atas dunia Allah. Sedarlah kita Allah melihat apa yang kita lakukan di dunia ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelita Kubur...

Renungilah kata Imam Al-Ghazali rhm ini..
"Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini..

Maka aku saksikanlah bahawa

tiap-tiap mereka
mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.
Sebahagian daripada kekasih itu
hanya mendampingi
sampai ke sakit yang membawa maut
dan sebahagian hanya sampai ke tepi liang kubur.
Setelah itu
kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya seorang diri.
Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkan di dalamnya.
Yang demikian tidak kudapati selain amal yang soleh.
Sebab itu
maka kuambil ia menjadi kekasihku
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kubur
menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS